Antarabangsa

Ahli Parlimen Pondan Didakwa Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 24 Julai 2023 – Ahli Parlimen pondan pertama yang dilantik di New Hampshire kini berdepan dengan dakwaan jenayah dalam tuduhan berkomplot dengan bekas teman wanitanya untuk mengumpulkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh pendakwa raya di peringkat persekutuan menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu.

BACA JUGA: Bahasa Tambahan: Prioriti Perlulah Betul, PMX Digesa Gerakkan Inisiatif Perkasa Bahasa Kebangsaan

BACA JUGA: Kambing Tiada Tanduk 1975: Surat Terbuka Kepada Menteri KKD

BACA JUGA: METMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Doksuri

Mantan ahli parlimen tersebut, Stacie Marie Laughton telah ditangkap setelah sebuah penyiasatan forensik mendapati bahawa terdapat lebih dari 10,000 pesanan teks yang dikongsi dengan bekas teman wanitanya Lindsay Groves, di mana pesanan-pesanan tersebut turut melibatkan gambar kanak-kanak berusia di antara tiga ke lima tahun yang jelas berunsurkan seksual.

Penyiasatan forensik yang sama juga turut menemukan bahawa terdapat penerangan yang jelas mengenai kegiatan hubungan seksual di antara kedua tertuduh dan juga hubungan seksual tertuduh dengan kanak-kanak.

Groves telah didapati mengambil gambar-gambar tersebut dalam tempoh di antara bulan Mei dan Jun 2022 sewaktu beliau sedang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Tyngsborough, Massachusetts.

Beliau kemudiannya telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan menyebarkan bahan pornografi kanak-kanak dan juga eksploitasi seksual kanak-kanak yang membawa hukuman 30 tahun penjara.

Stacie Marie Laughton merupakan seorang ahli Parti Demokratik dan pondan pertama yang dilantik menjadi penggubal undang-undang pada tahun 2012. Namun beliau telah meletakkan jawatan setelah media mendedahkan kegiatan jenayah pemalsuan identiti dan memalsukan bukti yang dilakukan oleh beliau.

Beliau sekali lagi bertanding pada tahun 2020 dan dilantik semula pada tahun 2022 namun sekali lagi meletakkan jawatan setelah didakwa dengan tuduhan mengintai bekas teman wanitanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: