Tempatan

Ahli Parlimen PKR Tegur Pelantikan Nurul Izzah Anwar, Salah Segi Moral

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PASIR GUDANG, 30 Januari 2023 – Penyelaras PKR Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menyatakan pandangannya bahawa, pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Kewangan Dan Ekonomi Perdana Menteri itu adalah salah dari segi moral.

“Seorang sahabat yang merupakan penyokong PH bertanya kepada saya: ‘Apakah pandangan saya apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri?”

“Maka, jawapan saya ringkas sahaja dalam Bahasa asing iaitu “Legally right but morally wrong”, ujarnya seperti dalam Facebook.

BACA JUGA: Jeti Roboh, Guru Bergelut Selamatkan Anak Murid

BACA JUGA: Kenaikan Kos, Ibu Bapa Seru Kerajaan Kawal Harga Barangan Keperluan Sekolah

BACA JUGA: Banjir: Menteri Cadang Wujudkan Juga Tempat Proses Retort Food Di Sabah

Dalam perkara ini, portal tempatan turut melaporkan kenyataan dari sebuah badan pemikir, Pusat Pendidikan Pasaran (CME) yang menyatakan, walaupun kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi jawatan penasihat dan kaunselor.

“Nurul Izzah tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan,” kata CME seperti dalam laporan sebuah portal tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Tindakan Anwar itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang disifatkan melanggar prinsip yang diperjuangkannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: