Tempatan

Jadikan Al-Aqsa Serta Pembebasannya Sebagai Silibus Di Masjid Dan Surau – MUIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2023 – Majlis Ulama ISMA (MUIS) mencadangkan agar Al-Aqsa serta sejarah pembebasannya dijadikan silibus pengajian taamir dan tauliah untuk diajar di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara.

Pengerusinya, Dato’ Hj Zamri bin Hashim berkata, ia juga wajar dijadikan silibus pengajian di sekolah-sekolah dan pusat pengajian bermula dari peringkat paling awal ke peringkat tertinggi.

Jelas beliau, Masjid Al-Aqsa mempunyai kedudukan yang utama di dalam Islam di mana ia merupakan kiblat pertama, tempat Isra’ Rasulullah S.A.W., bumi barokah serta seribu satu macam lagi fadhilatnya.

“Masjid Al-Aqsa telah melalui siri perebutan untuk menguasainya yang dahsyat. Hari ini umat Islam belum dapat menguasainya secara penuh.”

“Rasulullah S.A.W. wafat dalam keadaan Al-Aqsa masih belum dimerdekakan dari penguasaan Rom ketika itu. Jarak paling dekat tentera Islam sampai dalam usaha memerdekakan Al-Aqsa ialah sejauh 85km lagi. Berlalunya tempoh sehinggalah Saidina Umar berjaya membuka Al-Aqsa dan selepasnya Salahuddin Al-Ayyubi.”

“Namun hari ini, umat Islam tidak bebas untuk beribadat di dalamnya dan seringkali dikotori kemuliaan masjid ini dengan pencerobohan penjajah.”

Justeru, beliau mencadangkan perkara tersebut atas tujuan agar ruh jihad untuk membebaskan Al-Aqsa sentiasa menyala di dalam dada umat Islam khususnya generasi akan datang.

“Cadangan ini mohon dipertimbangkan oleh KPM, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: