Terkini

Ahli Kongress NY Positif Covid Selepas Dos Kedua Vaksin

NEW YORK – Ahli kongres New York dari Parti Demokrat, Adriano Espaillat positif Covid-19 selepas mendapat suntikan kedua vaksin Pfizer-BioNtech pada minggu lepas.

Espaillat dalam ciapan Twitternya memberitahu, dia tidak mengalami apa-apa simptom jangkitan sebelum disahkan positif pada hari Rabu lalu selain mengatakan, dia memahami keberkesanan sesuatu vaksin memakan masa.

“Saya menerima suntikan pertama vaksin Pfizer/BioNTech pada bulan Disember 2020 dan menerima suntikan kedua pada minggu lepas. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa vaksin tersebut mewujudkan satu tindak balas antibodi bagi mengurangkan simptom dan kesakitan Covid-19 yang teruk. Oleh itu, saya bersyukur kerana saya tidak mengalaminya.”

Buat masa ini, Espaillat melakukan kuarantin sendiri di rumahnya selain mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

“Oleh sebab itu, saya akan sentiasa mengikuti pesanan dan panduan CDC dengan sentiasa memakai pelitup separuh muka di tempat awam, melakukan penjarakan sosial sekurangnya enam kaki dari orang lain juga kerap mencuci tangan dengan sabun dan air.”

Sebelum ini, ahli kongres Texas dari Parti Republikan, Kay Granger didapati positif Covid-19 sejurus selepas mendapat suntikan kali pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Kajian menunjukkan keberkesanan penuh vaksin hanya akan berlaku pada satu hingga dua minggu selepas suntikan kali kedua, bergantung kepada jenis vaksin. Walaupun ia mencegah penyakit, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia dapat mencegah jangkitan asimptomatik atau tidak. 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button