Antarabangsa

Ahli EU Rancang Jual Aparatus Nuklear Bernilai RM3.029 Billion Kepada Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BULGARIA, 07 Julai 2023 – Bulgaria kini sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian penjualan dua reaktor nuklear ke sebuah syarikat tenaga yang dimiliki Ukraine, Energoatom dengan nilai sekitar $650 juta.

Di bawah perjanjian tersebut yang kini masih lagi belum dimuktamadkan, firma tenaga Bulgaria NEK akan menjual dua buah reaktor daripada Belene Nuclear Power Plant Bulgaria yang masih belum sempurna kepada syarikat Ukraine itu.

BACA JUGA: NGO LGBT Cuba Gambarkan Kumpulan Mereka Terancam Di Malaysia

BACA JUGA: Kos Haji Swasta Mungkin Capai Sehingga RM60,000 Tahun Depan

BACA JUGA: Sweden Pertimbang Haramkan Pembakaran Al-Quran

Perkara berikut telah didedahkan oleh media Wall Street Journey pada Khamis lalu. Ini merupakan kali pertama peralatan nuklear yang dibuat oleh Rusia akan digunakan bagi mempertingkatkan pengeluaran tenaga Kiev.

Laporan yang sama menyatakan bahawa perjanjian tersebut akan melibatkan dua kaedah pembayaran sebagaimana yang telah dicadangkan.

Kaedah pertama adalah di mana Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan sebahagian dana tersebut kepada Energoatom sebagai sebahagian daripada pakej bantuan terhadap Ukraine yang mana dana tersebut seterusnya akan dipindahkan kepada NEK.

Manakala kaedah kedua pula adalah di mana Bulgaria akan mendapat pegangan saham minoriti bagi Khmelnytsky Nuclear Power Plant milik Ukraine, iaitu tempat di mana reaktor-reaktor tersebut akan dipasang.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Khamis lalu telah tiba di Sofia bagi lawatan satu hari di mana dijangkakan perjanjian nuklear tersebut akan dibincangkan bersama para pegawai Bulgaria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: