NGO

Agus sebagai KP JKOM Perlu Tidak Berpihak – Presiden PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Prof. Agus jangan tegur sebelah pihak sahaja. Jangan hanya nampak pihak pembangkang atau NGO-NGO tertentu menakutkan orang Melayu agar menolak Kerajaan sedia ada dengan mainkan isu perkauman.

Mana suara Agus semasa Nga Kor Ming samakan Perikatan Nasional dengan Taliban disebabkan PAS bekerjasama dengan PN dlm PRU-15? Hasutan Nga itu lebih dahsyat dan lebih bahaya. Di mana Agus masa itu?

Ya, Agus belum jadi KP JKOM lagi tetapi sebagai seorang pelajar politik katanya, dia rasa bosan dengan permainan parti-parti politik guna isu perkauman. Dia perlu tegur semua, bukan satu pihak lain sahaja dia kritik dan satu pihak lagi dia membisu.

Dia patut tegur semua pihak walau pun ada kenyataan-kenyataan sebelum dia jadi KP JKOM lagi. Bila Melayu bercakap pasal kepentingan Melayu janganlah terus dilabel sebagai menakutkan Melayu. Kalau begitu, apa kurangnya pihak pemimpin-pemimpin politik dan NGO-NGO bukan Melayu?

Apakah Agus melihat parti-parti Pembangkang yang hanya memainkan isu perkauman baru sekarang? Semasa PN dan BN sebagai Kerajaan, apakah tiada isu perkauman dimainkan oleh parti-parti Pembangkang? Apakah NGO-NGO dan individu-individu pro Pembangkang ketika itu tidak mainkan isu perkauman? Bagaimana dengan Dong Zong dengan isu Jawi dengan mendakwa usaha Islamisasi kepada pelajar-pelajar kaum tertentu? Tidak perkaumankah itu?

Seperti juga PKR dan DAP kecam Afghanistan kerana haramkan wanita masuk universiti tapi senyap bila Kerajaan India haramkan pelajar Islam bertudung.

PERKASA sentiasa berfikir seorang yang mempunyai gelaran Prof. selalunya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sentiasa dilihat profesional yang tidak perpihak. Malangnya bila sudah mendapat jawatan dalam agensi Kerajaan, lebih menghala telunjuk kepada Pembangkang dan NGO-NGO pro Pembangkang. Sebagai KP JKOM, kamu juga wajib menegur mereka dalam Kerajaan. Madani kan?

Syed Hassan Syed Ali
Presiden PERKASA

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: