Tempatan

Gaji Tak Cukup, CUEPACS Tuntut Gaji Minimum RM 1,800

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 April 2022 – Gaji minimum perlu dinaikkan kepada RM1,800 sebulan kerana situasi kenaikan harga barang adalah tidak adil bagi penjawat awam, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

“Pada masa ini kami kurang selesa dengan dapatan gaji ini, perbelanjaan juga tidak adil dengan harga barang yang semakin hari semakin mencengkam.”

“Justeru itu situasi ini amat tidak adil untuk pendapatan (penjawat awam) sebegitu rupa,” tegas Datuk Adnan Mat, Presiden CUEPACS.

Pihak CUEPACS tetap bertegas untuk amaun RM1,800, walaupun pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah diarahkan untuk menaikkan gaji minimum kepada hanya RM1,500 sahaja.

“Walaupun kerajaan meluluskan RM1,500 untuk GLC, tetapi kami mahu RM1,800,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan penetapan kadar gaji minimum negara pada RM1,500 sebulan berkuat kuasa bulan Mei, bermula dengan syarikat-syarikat besar dan GLC.

Pada bulan Mac lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid mengakui harga barangan dalam negara akan meningkat disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah pengumuman gaji minimum RM1,500.

“Kita akui kenaikan akan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti masalah COVID-19, pengangkutan, penukaran mata wang asing, perang Ukraine-Rusia dan banjir. Malah, apabila kerajaan umum gaji minimum RM1,500 pun dikhuatiri turut menjadi faktor kenaikan harga,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: