Tempatan

Muat Naik Rakaman Dari Luar Negara, JAINJ Sukar Tangkap Pengikut Si Hulk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 21 Julai 2023 – Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) sukar membuat tangkapan ke atas pengasas dan pengikut ajaran sesat Si Hulk ekoran rakaman dimuat naik dari luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, “Hasil siasatan mendapati video-video itu dimuat naik dari New Zealand. Apabila mereka berada di luar negara, ia di luar bidang kuasa Johor, sebab itu tidak boleh mengambil tindakan perundangan. Itu kesulitan yang perlu difahami.”

Walau bagaimanapun, Mohd Fared menegaskan, sekiranya mereka pulang ke Johor, tangkapan boleh dibuat mengikut undang-undang sedia ada.

BACA JUGA: 3R: Guan Eng Telah Langgar 2 Daripada 3R-KJ

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pengasas dan pengikut ajaran sesat Si Hulk sebagai pengecut kerana hanya berani mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah tidak berada di dalam negara.

Mohd Fared juga menekankan supaya, “Masyarakat tidak mengikuti video dan rakaman berunsur ajaran sesat ini. Jika ada terlihat rakaman pelik dan musykil, boleh maklumkan kepada JAINJ. Saya perasan setiap ‘profile picture’ dalam laman sosial pelaku video itu mempunyai ayat ‘ready to help’ berserta dua simbol hati. Mohon jauhi laman sosial seperti ini bagi menjaga akidah.”

Orang awam turut diminta tidak menyokong aktiviti perniagaan dan kemasyarakatan ajaran sesat Si Hulk bagi melumpuhkan ajaran itu.

“Status terkini kilang air Si Hulk yang berada di Johor, Selangor dan Indonesia ialah ia telah ditutup. Difahamkan, penutupan itu berlaku selepas sijil halal mereka ditarik semula kerana tidak mematuhi piawaian ditetapkan, pada 3 Jun 2021.”

“Oleh itu, jika produk terbabit masih berada dalam pasaran, pemilik premis diminta menghentikan jualannya kerana ia menyokong aktiviti ajaran sesat berkenaan,” tambah beliau.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman sebuah keluarga pengikut Si Hulk yang mendakwa Allah adalah Nabi Muhammad SAW.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: