Tempatan

Islamofobia: Muslim Berhak Amalkan Islam Tanpa Diskriminasi, Intimidasi, Serangan – Menteri Luar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 Februari 2023 – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa rakyat Malaysia seharusnya mengetahui tindakan Islamofobik terhadap umat Islam adalah pelanggaran terhadap hak asasi manusia secara terang.

Dalam ucapan mukadimah beliau di ‘Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia’, beliau menekankan adalah penting untuk melihat isu tindakan Islamofobia ini dalam kita membentuk rasa hormat kepada semua lapisan masyarakat.

BACA JUGA: Muslim Eropah Digesa Boikot Kurma Rejim Haram Israel 

“Islamofobia bukan hanya mempengaruhi kehidupan jutaan rakyat malahan merosakkan tunjang masyarakat dan mengancam nilai-nilai murni yang dipegang oleh umat Islam.”

BACA JUGA: Gesa Kerajaan Mansuhkan DLP, Kumpulan Dilabel “Ultra-Nasionalis”

“Hak untuk menganuti sesuatu agama juga termaktub dalam undang-undang antarabangsa sebagai asas hak kemanusiaan. Justeru, umat Islam wajar diberi ruang untuk mengamalkan kepercayaan mereka tanpa sebarang diskriminasi atau rasa takut,” ujar beliau.

BACA JUGA: Luruan Monsun, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Sehingga 1 Mac

Datuk Seri Dr Zambry turut menambah perlu ada tindakan susulan bagi membendung perbuatan prejudis ini kerana penindasan sistemik terhadap orang Islam masih berterusan.

Beliau juga menyatakan Malaysia akan kekal bersedia untuk menguatkan hubungan dua hala dan kerjasama serantau dengan negara Indonesia dan Brunei. Di samping itu, forum pelbagai hala juga akan dijalankan bagi meneliti hal-hal yang berkaitan dengan umat Islam.

“Wisma Putra komited untuk membendung Islamofobia di peringkat global secara menyeluruh, seiring dengan pihak-pihak besar yang lain seperti Organisation of Islamic Cooperation (OIC).”

“Melalui mekanisme ini, Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam menerajui idea Malaysia Madani dalam mempertahankan pegangan agama Islam dan menentang Islamofobia di forum antarabangsa.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: