Tempatan

Agong Dan Raja Permaisuri Agong Masak Bubur Lambuk Untuk Petugas Barisan Hadapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), hari ini.

Turut berangkat YAM Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah.

Sambil dibantu kira-kira 180 pegawai dan kakitangan Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), Tunku Azizah kelihatan lincah ‘beraksi’ sejak awal proses memasak makanan tradisi setiap kali Ramadan itu, yang disiapkan dengan mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Saya harap bubur lambuk ini dapat hiburkan perut, selera dan hati petugas barisan hadapan kita. Harap bubur ini sedaplah kerana saya bukan masak ala kadar, masak bahan-bahan semua cukup, bagaimana saya makan begitulah saya masak,” titah Tunku Azizah.

Sementara itu, Pengerusi KEKSIN, Mohd Irfan Idrus berkata, program memasak bubur lambuk yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan pihaknya bersempena Ramadan.

Sebanyak 1,600 bubur lambuk akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Kuala Lumpur hari ini sebagai menghargai jasa mereka dalam membantu negara memerangi pandemik COVID-19.

Program ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan Istana Negara yang diadakan di perkarangan Surau Utama Istana Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: