Tempatan

Agong Cemar Duli Tinjau Rumah Rakyat Dibaik Pulih, Dibina Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN, 18 November 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mencemar duli meninjau rumah yang dibaik pulih dan dibina baharu di atas Tanah Kesultanan di Pekan, Pahang.

Maklum Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 10.50 pagi di Kampung Permatang Pauh disambut Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima persembahan taklimat oleh pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja membaiki dan membina rumah berkenaan sebagai program tanggungjawab sosial korporat syarikat.”

Pengarah pihak kontraktor terlibat, Shaik Ahmad Sufian Shaik Kamal Farid berkata, program semalam melibatkan penyerahan empat rumah yang dibaiki dan sebuah rumah yang dibina baharu di daerah Pekan.

Selain Kampung Permatang Pauh, Seri Paduka Baginda turut berkenaan berangkat dan meluangkan masa bersama pemilik-pemilik rumah di Kampung Parit Engku Dato dan Kampung Padang Polo serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka.

“Semoga pembinaan rumah baharu dan rumah yang dibaik pulih serta sumbangan daripada Seri Paduka Baginda dapat memberi keselesaan dan meringankan beban yang ditanggung mereka,” kata Istana Negara mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button