Tempatan

Agong Boleh Batalkan Seksyen 11 Ordinan Darurat – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2021 – “Kalau Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong yakin (kerajaan gagal tangani masalah kesihatan, ekonomi), maka Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong boleh batalkan Seksyen 11 dan wujudkan ordinan baru. Setakat ini sudah ada empat ordinan tak silap saya. Tiga campur satu dipinda. Boleh wujudkan Ordinan Darurat nombor lima 2021: Beta dengan ini membatalkan Seksyen 11 Ordinan 1. Subsekyen 2: Beta dengan ini mewujudkan dan meletakkan kuasa tadbir urus negara, kuasa tadbir urus eksekutif negara semasa darurat di tangan badan yang dipanggil Jawatankuasa Penasihat Diraja Darurat yang mana anggotanya akan diumumkan melalui watikah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong sejurus serta-merta selepas ini.”

Kata peguam, Mohd Haniff Khatri Abdulla sewaktu sesi siaran langsung soal jawab melalui You Tube bersama pemilik portal The Third Force, Raggie Jessy Rithaudeen bertajuk “Agong Boleh Isytihar Darurat Tanpa Persetujuan PM” pada 10 Jun 2021 baru-baru ini.

Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan bahawa Perdana Menteri dan anggota Kabinet yang dilantik sebelum Proklamasi Darurat, boleh menjalankan kuasa eksekutif dan perundangan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

Ujar Haniff, atas sebab ini, beliau telah menulis satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyarankan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkan Seksyen 11.

“Sebab itulah saya telah menulis satu surat terbuka kepada Perdana Menteri dan telah saya sarankan kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong bahawa, gunakanlah kuasa untuk batalkan dulu Seksyen 11.”

“Tapi, minta dia nasihatkan kepada Agong sebagai Perdana Menteri, bukan sebagai Pengurus Darurat untuk menggugurkan semua Jemaah Menteri iaitu di bawah Perkara 43(5).”

“Perdana Menteri boleh minta, dan wajib dalam keadaan ini minta bubarkan (Jemaah Menteri). Seterusnya, sebagai Perdana Menteri, dia boleh syorkan, sebab dia tak boleh nasihatkan dah. Syorkan wujudkan Jawatankuasa Penasihat Diraja Darurat.”

Tambah Haniff, apa yang dinyatakan tentang kuasa Agong di bawah darurat ini adalah, negara tidak memerlukan Perdana Menteri dan kerajaan dalam tempoh darurat.

“Rakyat di luar, kalau katakan kerajaan masa darurat Perdana Menteri tidak dibenarkan menjalankan urus tadbir negara, maka soalan yang tak relevan yang sering ditanya orang adalah: “So siapa Perdana Menteri baru?” Itu salah,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: