Tempatan

Tengku Puteri Iman Afzan Berkenan Hadir Program Kesihatan Mental

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2022 –
Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan hadir ke program latihan advokasi The Green Ribbon Effective Agent Training (GREAT) semalam, di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Menurut portal BERNAMA, Tengku Puteri Iman Afzan meluangkan masa untuk sesi pembentangan daripada 30 peserta program terdiri daripada penuntut Universiti Malaya selain menyampaikan sijil penyertaan kepada mereka.

Projek GREAT merupakan program bertujuan untuk membimbing peserta terdiri daripada penuntut universiti tentang cara dan langkah dalam memberi bantuan awal kepada individu yang mengalami tekanan mental.

Pengarah projek GREAT Syahida Zulkarnain berkata, peserta program dilatih untuk menyumbang idea dan cadangan dalam memberi kesedaran kepada komuniti tentang kesihatan mental.

“Peserta juga diberi latihan dan pendedahan berkenaan cara memberi sokongan kepada individu yang mengalami tekanan dan diharap dapat menjadi duta bagi memberi advokasi berkenaan isu ini kepada komuniti di kampus masing-masing,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: