Tempatan

Kerajaan Madani Guna Akta Hasutan, Zaid Ibrahim Tempelak Majlis Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2023 – Peguam, Zaid Ibrahim telah mempersoalkan para pengkritik Akta Hasutan terhadap tindakan mereka mendiamkan diri dalam kes penangkapan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Zaid yang pernah menyokong kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan dalam membentuk Kerajaan pada tahun lalu menyatakan bahawa mereka kini sibuk mengejar para pengkritik yang mengkritik mereka.

BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu

BACA JUGA: Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

Ujarnya, pencapaian kerajaan Madani yang paling signifikan adalah menggunakan Akta Hasutan terhadap lawan politik mereka.

Ulasan Zaid itu turut mendapat sokongan daripada Ambiga Sreenevesan, di mana Ambiga menyifatkan tindakan Kerajaan terhadap lawan politik mereka sebagai tidak boleh diterima sepenuhnya.

Zaid pada masa yang sama turut menyentuh tentang kepimpinan terkini Badan Peguam Malaysia yang sebelum ini telah mengkritik penggunaan Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan Harapan.

Zaid juga menerusi akaun Twitternya turut memuat naik hantaran menyatakan bahawa orang ramai mesti berhati-hati apabila berkata sesuatu yang berkenaan dengan Raja-Raja Melayu, ataupun mereka akan menghadapi akibat daripada tindakan mereka.

Ujarnya, orang kebanyakan jangan menyatakan sesuatu yang mungkin akan ditafsirkan sebagai menghina Raja-Raja Melayu, walaupun ianya dilakukan tanpa sebarang niat untuk menghina institusi terbabit.

Katanya lagi, orang ramai jangan mengatakan bahawa Menteri Besar adalah badut, kerana ianya akan (ditafsirkan sebagai) menghina Raja-Raja Melayu kerana melantik badut (sebagai Menteri Besar). Jangan mengatakan bahawa Raja-Raja Melayu itu kaya, kerana ianya boleh membawa maksud kekayaan tersebut didapati dengan cara yang tidak sepatutnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: