Antarabangsa

Agnipath: Rakyat India Protes Menentang Skim Pengambilan Baharu Tentera Kerajaan Modi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 18 Jun 2022 – Rakyat India melakukan tunjuk perasaan dengan membakar pejabat Parti Bharatiya Janata (BJP) dan menyekat landasan kereta api kerana menentang sistem pengambilan baharu tentera dipanggil ‘Agnipath’ yang dirombak oleh Perdana Menterinya, Narendra Modi baru-baru ini.

“Mereka membakar pejabat BJP, membakar tayar di tiga kawasan berkepentingan bandar itu, merosakkan sebuah bas dan banyak kenderaan persendirian,” kata seorang pegawai polis, Gaurav Mangla.

Tunjuk perasaan itu berlaku berikutan sistem baharu dinamakan ‘Agnipath’ yang membawa maksud ‘jalan api’ dalam bahasa Hindi itu hanya memperuntukkan tempoh perkhidmatan selama empat tahun berbanding sebelum ini yang tempoh perkhidmatannya sehingga 17 tahun untuk mereka daripada pangkat paling rendah.

Mereka juga memprotes kerana tiada peruntukan pencen buat mereka yang ditamatkan awal daripada perkhidmatan serta sekatan umur daripada 17 tahun setengah hingga 21 tahun.

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan bakal rekrut yang menjadikan ramai antara mereka yang tidak layak.

“Ke mana kami akan pergi selepas bekerja selama empat tahun sahaja.”

“Kami akan kehilangan tempat tinggal selepas empat tahun berkhidmat. Jadi kami sekat jalan raya,” kata seorang lelaki muda.

Penunjuk perasaan turut berdemonstrasi melakukan tekan tubi di persimpangan jalan demi menekankan bahawa mereka cergas untuk berkhidmat dalam perkhidmatan tersebut.

Lapor Al-Jazeera, seorang penganalisis bernama Sushant Singh mengatakan bahawa rancangan sistem pengambilan tentera yang baharu itu adalah tanpa sebarang perbincangan di parlimen.

“Apabila India menghadapi ancaman dari dua pihak, skim Agnipath yang tidak wajar itu akan mengurangkan keberkesanan operasi angkatan tentera kita.”

“Kerajaan BJP mesti berhenti menjejaskan maruah, tradisi, keberanian dan disiplin pasukan kita,” tulis Rahul Gandhi, Ketua Kongres Parti Pembangkang ditweetnya.

Selasa lalu, Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh mengumumkan skim Agnipath yang memperuntukkan mereka berumur 17 tahun setengah hingga 21 tahun untuk menyertai angkatan tentera selama tempoh empat tahun.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: