Tempatan

Kelab Hina Islam: Crackhouse Comedy Dapat Dana Kerajaan – Gerakan Pengundi Sedar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2022 – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) mendedahkan kelab komedi yang terbabit dalam isu menghina Islam baru-baru ini mendapat dana khas daripada Kerajaan.

“…tempat ini mendapat dana khas daripada Kerajaan lagi melalui program PENJANA,” dedah GPS dalam laman Facebook mereka.

GPS dalam penjelasan mereka mendedahkan Crackhouse Comedy Club KL adalah sarang kumpulan liberal untuk mempermainkan isu Islam dan Melayu sejak sekian lama.

“Sebab itu tidaklah mengejutkan apabila Amy dan Alex memilih tempat ini untuk melakukan stand-up comedy yang menghina agama Islam beberapa hari yang lepas.”

Malah, pengasas kelab itu, Rizal van Geyzel, juga membuat video-video lawak yang menyindir umat Islam dan kaum Melayu.

“Tahu tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa Tamil? … Sebab saya suka perli orang Melayu,” kata Rizal seperti yang didedahkan GPS dalam kenyataan mereka bertajuk “Tempat Islam Dan Melayu Dijadikan Hiburan dan Gelak Ketawa”.

Bukan itu sahaja, menurut GPS, jika diperhatikan, program yang disertakan minuman keras dengan poster-poster perkataan “Halal” memang menyakitkan umat Islam.

GPS turut menggesa Kerajaan menarik balik dana yang diberikan kepada Crackhouse Comedy Club.

“Minta Kerajaan tarik balik dan pulangkan kembali dana tersebut!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: