Tempatan

Kambing Tiada Tanduk 1975: Surat Terbuka Kepada Menteri KKD

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2023 – Ahli Dewan Tertinggi Parti PUTRA, Dr Mohamad Izwan Bin Zainal dalam satu surat terbuka kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memuji tindakan tegas pihak berkuasa yang membatalkan serta-merta persembahan pentas daripada kumpulan band dari United Kingdom (UK), The 1975 susulan insiden yang melangkaui undang-undang di Good Vibes Festival, baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak penganjur sepatutnya sudah menyelidiki latar belakang kumpulan band ini ekoran kejadian serupa dilaporkan pernah berlaku pada tahun 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau yang juga merangkap sebagai Exco Wira PUTRA Malaysia turut berkata, pencegahan dapat dilakukan dengan adanya analisa yang kukuh bagi mengelakkan sensitiviti serta undang-undang tempatan dicabul oleh pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan keharmonian dari satu kelompok yang status mereka tidak diiktiraf oleh hukum alam.

BACA JUGA: Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumi Tengahari Ini

BACA JUGA: AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya

BACA JUGA: Ceroboh Tanah Haram: Kerajaan Negeri Akan Terus Dakwa – MB Pahang

Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa selain daripada penetapan garisan panduan, latar belakang serta pengalaman penganjur juga seharusnya dititikberatkan untuk diberikan permit penganjuran persembahan pentas melibatkan artis luar negara.

Tegas beliau lagi, penganjur ini juga boleh dikenakan tindakan atas kecuaian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan konsistensi terhadap pencegahan supaya kejadian sedemikian tidak lagi berulang di masa akan datang.

Dalam masa yang sama, ia juga demi memastikan modal insan negara ini terus terpelihara daripada gerakan-gerakan subversif negatif di mana ia boleh memberi kemudaratan kepada negara.

Terdahulu, tular video yang memaparkan aksi tidak senonoh daripada vokalis kumpulan berkenaan, Matt Healy di beberapa platform media sosial yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat mengenai undang-undang dan agama rasmi Malaysia selain bercium sama jantina dengan ahli kumpulannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: