Antarabangsa

Switzerland Lancar Bas Awam Tanpa Pemandu Mulai 2025

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 27 Disember 2022 – Switzerland akan mula melaksanakan perkhidmatan bas elektrik awam tanpa pemandu mulai 2025, lapor media antarabangsa.

15 bas ulang-alik elektrik akan digunakan di Geneva, Switzerland sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pengangkutan awam selama 24 jam sehari.

Projek ini merupakan inisiatif mobiliti daripada sebuah syarikat Eropah dan Geneva terpilih sebagai salah satu daripada tiga tapak ujian untuk perkhidmatan bas awam tanpa pemandu.

Tapak ujian lain ialah di Kronach, Jerman dan Oslo, Norway di mana kedua-dua negara tersebut akan menggunakan sebanyak 45 buah kenderaan.

Sementara itu, syarikat berkenaan akan menumpukan perhatian kepada beberapa isu seperti keselamatan penumpang dan respon sekiranya berlaku kemalangan atau insiden tidak sepatutnya dalam bas tanpa pemandu.

Mereka juga akan menilai ketetapan harga, jarak minimum dan maksimum bas serta rangka kerja undang-undang.

Tambah pihak syarikat, “Dengan menawarkan pengangkutan dari pintu ke pintu, atas permintaan, selama 24 jam, perkhidmatan itu akan menjadi lebih berkualiti. Ia juga akan mengelakkan perjalanan kosong di luar waktu puncak sekali gus menngurangkan beberapa kos.”

“Beratur dan kesesakan di sekitar stesen dapat dielakkan. Ini adalah anjakan paradigma sebenar dalam pengangkutan awam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: