ADUN Tupong Pertahan Projek Tiang Bendera Sarawak Bernilai RM30 Juta
KUCHING, 20 Jun 2023 — ADUN Tupong menyelar tindakan membandingkan kos projek pembinaan tiang bendera tertinggi negara yang menelan belanja RM30 juta dengan projek infrastruktur yang lain.
Fazzruddin Abdul Rahman yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berkata, kos projek tiang itu bukan hanya kos bahan binaan semata-mata namun termasuk dataran yang didirikan di atasnya.
BACA JUGA: Cuaca Panas: JPS Perak Laksana Catuan Air
BACA JUGA: AMARAN: Taktik Scam Guna Waran Tangkap Palsu – Polis Perak
BACA JUGA: Cuaca Panas: 64 Jemaah Haji Malaysia Terima Rawatan Jangkitan Paru-Paru
Fazzruddin turut menegaskan projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terlibat.
Namun, nama syarikat atau penaja masih belum diumumkan.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa pengguna internet membandingkan kos projek tersebut dengan projek pembinaan gereja di situ.
Rata-rata pengguna mempersoalkan jumlah kos pembinaan projek itu yang dilihat melampau.
Pada 17 Jun lalu, tiang bendera setinggi 99 meter itu telah siap dibina di tebing Sungai Sarawak, Kuching bersebelahan bangunan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kubu Margherita.
Tiang bendera itu kini lengkap dengan bendera Sarawak bersaiz 25 meter lebar dan 12.5 meter tinggi dan seberat kira-kira satu tan.
Tiang tertinggi negara itu dibina sempena sambutan perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan dijangka menjadi mercu tanda ikonik terbaharu negeri itu.