Tempatan

ADUN Sarawak Jadi Mangsa Scammer Minta Wang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BINTULU, 13 November 2022 – Akaun Telegram Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kawasan Murum, Kennedy Chukpai Ugon digodam oleh scammer untuk meminta wang daripada kenalannya.

Menurut satu hantaran di laman Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum, kejadian itu disedari Chukpai sewaktu beliau berada di Rumah Panjang Wang Usin di Jelalong, Tubau, sebuah kawasan pedalaman kira-kira 100 km ke timur dari sini, hari ini.

“Individu tersebut telah menggunakan akaun Telegram saya untuk meminta kenalan saya memindahkan wang sebanyak RM3,000/- ke satu akaun bank atas nama Sutrisno.”

Justeru semua kenalan ADUN Murum itu diminta supaya berhati-hati dan tidak melayan sebarang mesej aplikasi Telegram yang meminta mereka membuat pindahan wang dan satu laporan polis telah dibuat Chukpai di Balai Polis Bintulu, sejurus kejadian itu.

“Harap semua pihak jangan terpedaya ya. Semoga Tuhan menjaga dan melindungi kita nanti,” menurut hantaran pusat itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: