Tempatan

ADUN PKR Desak Jadikan Tokong Hampir Dihalau, Tempat Tarikan Pelancong

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 27 Januari 2022 – Tan Kar Hing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, menggesa supaya kerajaan negeri Perak merangka dasar agar beberapa tokong yang sepatutnya diusir baru-baru ini dapat dijadikan tempat tarikan pelancong.

Pada 10 Januari awal tahun ini, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak telah membatalkan notis pengusiran terhadap 19 tokong yang dibina di atas tanah kerajaan dengan bantuan Pengerusi MCA Perak Dr Mah Hang Soon.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Antara permasalahan utama yang menyelubungi isu tokong terbabit adalah pembinaannya di kawasan gua batu kapur dan ketiadaan surat pemilikan tanah oleh pihak tokong, di mana ADUN PKR terbabit menggesa supaya undang-undang dipermudahkan untuk memberi kelulusan.

“Apa yang kita perlukan adalah undang-undang di mana selagi syarat-syarat dipenuhi, kelulusan boleh diberikan,” ujar beliau seperti yang dilaporkan oleh portal The Malaysian Insight.

ADUN PKR terbabit juga menyatakan bahawa jawatankuasa khas perlu diadakan bagi membantu mempermudah proses terbabit, di mana jawatankuasa terbabit perlu menangani isu teknikal dan isu pengurusan tokong berkenaan.

“Jawatankuasa khas sepatutnya mempunyai dua pasukan, satu untuk melihat isu teknikal yang dihadapi oleh tokong yang akan diusir, dan pasukan kedua untuk merangka dasar pengurusan tokong gua,” tambah beliau lagi.

Parti Berjasa Perak, baru-baru ini menyuarakan tentangan terhadap penarikan balik notis pengusiran terhadap 19 tokong terbabit, di mana Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Perak, Shaharuzzaman Bistaman mempersoalkan ketegasan kerajaan.

“Amat malang sekali apabila isu ini diambil enteng tanpa tindakan tegas dari pihak berkuasa,” tegas beliau seperti yang dilaporkan portal MalaysiaGazette.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: