Antarabangsa

ADUN India Gelar Muslim “Anak Haram”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTARAKHAND, INDIA, 14 Januari 2022 – “Hoi, Muslim, anak haram! Orang yang berpuasa, anak haram! Orang yang bersunat, anak haram!”

Itu kata-kata yang dilemparkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Bharatiya Janata, Rajkumar Thukral dalam satu video tular.

Rajkumar ketika itu dilaporkan sedang bertengkar dengan Pundit Anil Sharma, seorang petugas Kongres berkaitan dengan bangkai anak lembu yang dicampakkan oleh pihak tidak diketahui di kawasan perumahan daerah Udham Singh Nagar di Uttarakhand.

Ahli DUN itu kemudiannya mengarahkan agar orang Islam pergi dari situ kerana mencemarkan alam sekitar.

“Dia mencemarkan alam sekitar. Pergi suruh dia berambus dari sini!”

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu umat Islam di sana ditahan di bawah akta undang-undang berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang dan subversif yang memudaratkan perpaduan dan keutuhan negara.

Dalam laporan dan kejadian berlainan, seorang lelaki Muslim yang menghidap masalah mental telah ditendang, dipaksa menjilat semula ludahnya sendiri dan dipaksa murtad oleh ahli-ahli parti dari Bharatiya Janata Party (BJP).

Jishan Khan, 32 tahun, ditendang berkali-kali, digoncangkan kepala sambil ditarik rambutnya, dipaksa untuk menjilat ludahnya sendiri di atas jalan raya sebelum dipaksa murtad dengan memuja Jai Shri Ram oleh ahli-ahli BJP dan ketua negeri parti itu, Deepak Prakash.

BJP merupakan parti yang memegang tampuk kerajaan pemerintahan India ketika ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: