Adun DAP, Timbalan Speaker DUN Pahang Disaman Polis Langgar Undang-Undang Jalan Raya
BENTONG, 08 Februari 2023 – Ketua Polis Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen diberi notis saman berhubung pelanggaran undang-undang jalan raya di bandar ini baru-baru ini.
Pegawai Penyiasat Trafik, IPD Bentong telah hadir ke Pejabat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri Bilut dan telah mengeluarkan notis saman PDRM 257 kepada Lee Chin Chen pada jam 3.30 petang semalam, ujarnya seperti dilaporkan dalam sebuah portal tempatan.
BACA JUGA: Nabi Adam AS Ada Intellectual Capacity Untuk Terima Wahyu & Ajaran
BACA JUGA: OPR Naik. Harga Barang Naik?
BACA JUGA: Polis Buru Individu Terlibat ‘Rusuhan Ipoh’
“Saman ini di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”
“Kita telah mengambil tindakan ke atas wakil rakyat ini sepertimana yang tular di sebuah laman sosial baru-baru ini,” kata Superintenden Zaiham.
Tegas beliau lagi, dengan penyampaian notis saman itu menunjukkan orang ramai tidak kira status tetap diberi saman kerana melanggar peraturan jalan raya.
Baru-baru ini pihak Polis Bentong telah disinggung oleh orang awam dalam satu kenyataan di Facebook.
“POLIS Bentong Bolehkah YB berjawatan Timbalan Speaker DUN Pahang boleh langgar undang-undang ikut suka hati? Kalau rakyat biasa keluar jalan situ, rakyat disaman…rakyat susah fikir nak hidup jaga keluarga, tetapi YB hidup mewah dan langgar undang-undang. Mohon #Keadilan”
Tinjauan samudera.my di laman komen mendapati Polis Bentong mengambil perhatian akan perkara ini.
“Terima kasih Tuan atas maklumat yang diberikan. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bentong akan mengambil tindakan sewajarnya. Gambar tersebut menunjukan kenderaan tersebut keluar dari simpang Golden Court Jalan Tras Bentong ke jalan utama. Kenderaan ini telah melakukan kesalahan abai isyarat lalulintas dimana dengan sengaja telah masuk dilaluan ‘No Entry’. Kenderaan tersebut akan disaman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar mohon agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi keatas insiden tersebut memandang pihak Polis tidak akan berkompromi keatas mana-mana individu yang melakukan kesalahan. Terima kasih kepada masyarakat khususnya penduduk Bentong yang sentiasa prihatin akan keselamatan orang lain.”