Antarabangsa

Cari Beer Di Qatar, Dibawa Jumpa Anak Singa ‘Syeikh Qatar’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

QATAR, 22 November 2022 – Usaha sekumpulan peminat pasukan England yang ingin mendapatkan ‘beer’ semasa berlangsungnya Piala Dunia FIFA di Qatar baru-baru ini melencong apabila dibawa bertemu dengan anak singa milik seorang ‘Syeikh Qatar’.

Seorang pengguna TikTok, Alex Sullivan melalui akuan @jsftbl123 memuat naik sebuah video yang memaparkan dua orang peminat England menceritakan pengembaraan mereka bertemu dan membelai singa serta koleksi burung dan monyet eksotik.

Peminat yang dikenali sebagai John berkata, “Malam tadi kami bertemu dengan salah seorang anak lelaki syeikh dan dia membawa kami pulang ke istana dan dia menunjukkan kepada kami, dia mempunyai singa dan segala-galanya.”

“Mereka membuat kami merasa sangat dialu-alukan.”

 

@jsftbl123 #funny #qatar #qatar2022 #worldcup2022 #worldcup #england #football #fyp #viral #scouse ♬ original sound – jsftbl

Tidak kurang dari itu, seorang lagi peminat pasukan berkenaan pula menceritakan bagaimana mereka dijemput oleh anak lelaki syeikh tersebut.

“Pada awalnya, kami sedang memburu bir. Dan dia (anak lelaki syeikh Qatar) memanggil dengan berkata “Kami susun bir, kami susun bir”. Jadi, kami melompat masuk di bahagian belakang keretanya, Toyota Land Cruiser dan berakhir di sebuah istana besar dan dia mempamerkan kepada kami monyet, burung eksotik miliknya.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Eksekutif Qatar 2022, Nasser Al Khater yang memaklumkan, walaupun Qatar melarang dengan keras penjualan alkohol, ia akan ‘dijual seperti biasa’ ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia FIFA 2022.

“Kami sentiasa menyatakan bahawa penjualan alkohol boleh didapati di Qatar. Kami juga berkata semasa Piala Dunia, kami akan menyediakannya di zon khas untuk para peminat.”

Penduduk Qatar hanya boleh mendapatkan alkohol di sebuah kedai khas kerajaan dan kira-kira 35 bar hotel dan restoran. Namun untuk Piala Dunia, ia akan dijual di zon-zon khas sekitar lapan buah stadium kejohanan sebelum dan selepas perlawanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: