Tempatan

Adib: Jawatankuasa Bersifat Politik, Peguam Negara Mesti Umumkan Keputusan Dijanjikan – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2021 – “Saya ambil jawatankuasa pertama, kes Adib. Dalam kes tersebut, Peguam Negara Idrus Harun telah pada 15 Februari 2021 menyatakan bahawa dia akan mengeluarkan satu kenyataan muktamad berkaitan siasatan akhir kes Adib, iaitu selepas keputusan inkues pada 27 September 2019 yang mendapati kematian Adib adalah akibat daripada kecederaan yang dilakukan dua atau lebih orang pada malam kedua rusuhan pada 28 haribulan November 2018.”

“Dan itu adalah lapan bulan yang lalu. Sehingga ke hari ini, Peguam Negara itu belum keluarkan apa-apa kenyataan muktamad,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla, seorang peguam.

Dalam ulasannya mengenai penubuhan tiga jawatankuasa untuk tiga perkara di mana salah satunya adalah berhubung dengan kes allahyarham Adib, Haniff berkata, beliau telah menulis satu surat kepada Peguam Negara bertarikh 31 Mac lalu, menuntut supaya Idrus Harun mengeluarkan dengan berani satu kenyataan muktamad.

“Jikapun pesalah-pesalah itu tidak dapat dikenalpasti, maka beritahu kepada rakyat bahawa mereka tidak dapat dibawa ke mahkamah pada masa ini.”

Tambah beliau, pada masa yang sama, sebahagian daripada keputusan inkuiri tersebut dengan jelas menyatakan bahawa pihak berkuasa polis dalam kes tersebut juga perlu diberi pertanggungjawab di atas apa yang berlaku pada malam itu, di atas ketinggalan melaksanakan proses-proses biasa kepolisan dalam rusuhan.

“Perkara ini pun perlu diambil tindakan oleh Pejabat Peguam Negara, iaitu pejabat yang diberi kuasa di bawah Perlembagaan Perkara 145. Ini bukan untuk jawatankuasa politik yang dianggotai oleh Menteri Perundangan dan Parlimen, Wan Junaidi ataupun Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mahupun Menteri Kerajaan Tempatan Reezal Merican,” ujar beliau.

Tegas Haniff, kes allahyarham Adib bukan isu politik tetapi merupakan isu Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang wajib diselesaikan oleh Pejabat Peguam Negara dengan bantuan pihak berkuasa polis.

“Saya khuatir perkara seperti ini akan mengkaburkan minda rakyat dan mengelirukan rakyat tentang konsep kedaulatan undang-undang. Adakah niat menubuhkan jawatankuasa ini adalah untuk mempolitikkan lagi isu Adib? Bukankah keluarga Adib sudah pun merana selama ini sejak daripada bulan Oktober 2018, sudah sampai bulan Oktober 2021, sudah hampir tiga tahun belum ada kemuktamadan.”

Haniff menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa ini pada dasarnya tidak semestinya merupakan jalan penyelesaian perkara-perkara itu terutamanya jika isu –isu tersebut sudah pun masuk dalam bidang kuasa pihak-pihak tertentu untuk diselesaikan.

Maka pihak-pihak berkenaan wajib mengeluarkan keputusan-keputusan yang telus dan ikhlas berkaitan perkara-perkara itu.

Jika pihak-pihak berkuasa tersebut gagal, maka penubuhan jawatankuasa seperti ini tidak semestinya adalah jalan penyelesaian. Walhal ia menambahkan persepsi bahawa ada niat untuk mempolitikkan isu-isu yang bukan masuk dalam urusan politik.

“Politik tidak boleh mencampuri kedaulatan undang-undang,” kata Haniff mengakhiri kenyataan seperti yang disiarkan dalam video Facebooknya.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button