Tempatan

Adegan Panas: Panduan Patuh Syariah Untuk Drama, Filem Perlu Ditetapkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) digesa untuk menetapkan satu garis panduan patuh Syariah untuk penyiaran drama dan filem di Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Hanafi Zulkapli melalui akaun Facebook Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) pada Ahad yang lalu.

BACA: Proses Normalisasi Pelacuran Telah Bermula – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

BACA: Iktiraf Pelacuran: Ke Mana Hala Tuju Wanita Malaysia; Jahiliyyah Atau Bertamadun?

BACA: Halalkan Industri Pelacuran Adalah Fitrah Kehaiwanan – Ustaz Haji Razali Daud MAMPIR

Ujarnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi induk hal ehwal Islam di Malaysia harus dilibatkan dalam menetapkan garis panduan ini, serta dilibatkan dalam penapisan filem dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan badan penapis dalaman stesen televisyen.

Katanya lagi, LPF serta badan penapis dalaman stesen televisyen hendaklah mematuhi garis panduan itu bagi menapis kandungan filem yang melampau.

“Islam tidak pernah menghalang atau menyekat hiburan, namun hiburan tersebut mestilah tidak melanggar batas ditetapkan syarak,” ulasnya.

Beliau turut menggesa agar K-KOMM mengambil suatu tindakan tegas bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang dan menjadi kebiasaan syarikat produksi untuk merakam aksi yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya ketimuran.

“Pemuda PAS menggesa isu ini dipandang serius oleh kerajaan dan semua pihak bagi memastikan generasi pelapis tidak dirosakkan dengan budaya melampau, yang bakal membawa kehancuran buat negara,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon, Zul Ariffin telah memuat naik video aksi panas lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama baharu di televisyen sehingga mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam dari akaun Instagramnya.

Isu hangat ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang menyifatkan ia sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: