NGO

Adakah Ramasamy Mahu Menganjurkan Kempen Menggesa Banduan SOSMA Dibebaskan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRA menggesa Kerajaan kekalkan SOSMA tanpa pindaan dan membawa balik ISA bagi mengelakkan huru-hara dan ancaman kepada keselamatan rakyat.

Malaysia mempunyai majoriti 70 peratus bumiputera Melayu di bawah “Payung Negara”, iaitu AGONG dan Majlis Raja-Raja Melayu. Merupakan negara ketuanan Melayu kerana Malaysia lahir daripada Persekutuan Melayu (Persekutuan Tanah Melayu). Malaysia bukan Sri Lanka. Melayu Bumiputera mengutamakan keselamatan rakyat dan negara dan tidak mementingkan diri sendiri dan kepentingan politik.

Pemimpin DAP, P Ramasamy bercadang menganjurkan kempen di seluruh negara bagi mendesak Kerajaan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan membebaskan lebih 100 banduan yang ditahan di bawah akta tersebut.

PUTRA menggesa rakyat Malaysia yang prihatin terhadap rakyat dan keselamatan negara untuk menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk perhimpunan untuk mendesak agar banduan dibebaskan dan pemansuhan SOSMA sepenuhnya.

Siapa yang lebih tahu tentang keselamatan negara dan aktiviti beberapa tahanan, Polis atau Ramasamy?

Salute to Asians Police. Pasukan keselamatan atau Polis memerlukan instrumen yang berkesan seperti SOSMA atau “ISA (sudah dimansuhkan tanpa sebab, hanya kepentingan politik untuk populariti)” untuk memastikan negara ini selamat dan nyawa rakyat terpelihara.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang juga Naib Pengerusi DAP neger6i itu menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam dan menyebabkan ramai yang ditahan di penjara menunggu perbicaraan tanpa tempoh masa yang ditetapkan. Ramasamy berkata “Kami akan menganjurkan kempen di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menarik perhatian Kerajaan untuk memansuhkan SOSMA. Tidak kira Kerajaan mana yang memerintah, undang-undang zalim itu tidak adil dan tidak perlu di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) menyokong pemansuhan SOSMA sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun pendirian gabungan itu kini tidak jelas selepas membentuk Kerajaan bersama BN.

Sangat mudah, Ramasamy. PUTRA mahu Kerajaan kembalikan ISA kerana SOSMA tidak cukup untuk menjamin keselamatan Negara & warganegara. Ia menunjukkan betapa Ramasamy cuba membawa masalah kepada Malaysia atau apa? Kepentingan politik. Jika Ramasamy ingin menjadi Timbalan Menteri II Pulau Pinang selama-lamanya maka marilah kita memastikan negara ini selamat dan demokrasi dapat berfungsi dengan berkesan. Ini adalah nasihat ikhlas kami kepada Ramasamy. Jangan sombong tetapi jadilah negarawan.

Selamat Tahun Baru Cina.
Tahun Arnab (Kalendar Cina Simbol Arnab Bermaksud Ketenangan, Lembut, Beradab, Dan Ketenangan)

PUTRA PERKASA NEGARA

Shahrulufti Sharif
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: