Antarabangsa

Scam Pelancongan RM13 Juta, Ejen Pelancongan Didakwa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DURHAM, 11 Oktober 2022 – Seorang ejen pelancongan mengakui telah menipu ratusan pelanggan sekali gus mengaut wang haram sebanyak £2.6 juta bersamaan lebih RM13 juta, lapor media antarabangsa.

Lyne Barlow, 39 tahun, telah disiasat oleh pihak polis selepas ramai mangsa yang terpedaya tampil ke hadapan sehingga sebuah kumpulan sokongan turut ditubuhkan di laman media sosial Facebook bagi mengemas kini perkembangan kes berkenaan.

Menurut laporan, ratusan pelanggan memaklumkan bahawa mereka telah membeli pakej percutian dengan Lyne Barlow namun tidak pernah menerimanya.

Ejen pelancongan palsu itu menerima hukuman penjara dalam tempoh panjang selepas mengaku mencuri £500,000 daripada seorang pelanggan, menghadapi 10 pertuduhan penipuan, dan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah £1,688,220.

Dalam salah satu daripada pertuduhan tersebut, dia menyamar menggunakan identiti palsu sebagai Penganjur Lesen Perjalanan Udara (ATOL) dan Persatuan Ejen Pelancongan Britsh (ABTA) berdaftar mengatakan telah menempah percutian keluarga untuk pelanggan yang membuat bayaran.

Walau bagaimanapun, pihak pembelaan memaklumkan bahawa beberapa pelanggan menerima percutian mereka dan tidak mengalami kerugian. Mereka turut meminta kebenaran mahkamah untuk menyediakan laporan psikiatri ke atas Lyne yang didakwa menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

Hakim James Adkin membenarkannya diikat jamin namun akan dipenjarakan apabila dijatuhkan hukuman pada 12 Disember ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: