Antarabangsa

Pelampau BJP Tendang OKU Muslim Dan Paksa Murtad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DHANBAD, INDIA, 13 Januari 2022 – Seorang lelaki Muslim yang menghidapi masalah mental telah ditendang, dipaksa menjilat semula ludahnya sendiri dan dipaksa murtad oleh ahli-ahli parti daripada Bharatiya Janata Party (BJP).

BJP merupakan parti yang memegang tampuk kerajaan pemerintahan India ketika ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Dalam sebuah video tular 8 Januari baru-baru ini, mangsa, Jishan Khan, 32 tahun, ditendang berkali-kali, digoncangkan kepala sambil ditarik rambutnya, dipaksa untuk menjilat ludahnya sendiri di atas jalan raya sebelum dipaksa murtad dengan memuja Jai Shri Ram oleh ahli-ahli BJP dan ketua negeri parti itu, Deepak Prakash.

Mereka juga dilihat membentuk bulatan mengelilingi Jishan sewaktu membelasahnya dan memperlakukannya lebih teruk daripada binatang itu.

Berikutan kejadian itu, Ketua Menteri Jharkand Hemant Soren telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa mereka yang terlibat.

Timbalan Pesuruhjaya Dhanbad Sandeep Singh memaklumkan, seorang suspek telah ditangkap dua jam selepas arahan itu dikeluarkan.

Jishan Khan dikatakan mengganggu ahli-ahli BJP yang sedang mengadakan protes senyap berhampiran patung Mahatma Gandhi di Pusat Bandar bagi menentang insiden Punjab yang melibatkan Perdana Menteri Narendra Modi.

Rehan Khan, adik kepada mangsa berkata, abangnya, Jishan Khan didiagnos dengan bipolar disorder sejak daripada 10 tahun yang lalu.

“Apa jenis masyarakat seperti ini. Jika abang saya mengatakan sesuatu sekalipun, dia tidak patut diperlakukan sebegini – dipaksa menjilat balik ludahnya dan dipaksa memuja Jai Shri Ram. Abang saya mengidap masalah mental sejak 2012. Saya mohon tindakan undang-undang dikenakan terhadap yang terlibat dan keadilan dapat ditegakkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: