Tempatan

Reformasi Penjara, Elak Kesesakan Penjara Sungai Buloh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KAJANG, 05 Februari 2023 – Reformasi Penjara sedang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi mengurangkan kesesakan di Penjara Sungai Buloh.

Antara usaha yang digerakkan bagi meningkatkan kapasiti serta mengurangkan kesesakan penjara ini adalah dengan memasang katil bertingkat untuk kegunaan banduan di sel serta dormitori penjara.

BACA JUGA: Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan

BACA JUGA: Umat Islam Johor Dilarang Ikuti Perarakan Thaipusam, Pongal – MAINJ

BACA JUGA: KKM Ambil Berat Luahan Petugas Kesihatan, Komited Cari Penyelesaian

Selain itu, pihak Jabatan Penjara Malaysia turut bekerjasama dengan mahkamah bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perbicaraan.

Pihak Jabatan Penjara Malaysia turut memfokuskan lagi kepada program pemulihan dalam komuniti yang ketika ini seramai 82,487 banduan terlibat dengan kadar residivis hanya 0.24%.

Program tersebut turut melibatkan sejumlah banduan sabitan di Penjara Sungai Buloh.

Bukan itu sahaja, bekas tapak PLKN juga digunakan sebagai Pusat Reintegrasi Penghuni dan Penjara Satelit dan pihak Jabatan Penjara Malaysia juga sedang menjalankan kajian berhubung penggunaan EMD kepada banduan reman berisiko tinggi bagi mengelakkan mereka ditahan di penjara.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia dalam sebuah siaran media berkata, dengan langkah-langkah yang digerakkan ini, kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dapat dikurangkan.

Memetik kepada siaran media itu lagi, langkah bagi mengurangkan kesesakan ini akan terus dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi yang turut memberi tumpuan kepada pengurangan jumlah banduan reman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: