Tempatan

Ada Penyamar Guna Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

Perhatian semua,

Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong tidak pernah melantik Ezuan bin Mohammad Abdullah sebagai penasihat atau apa-apa peranan dalam Majlis.

Selain itu, turut dimaklumkan Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah bukanlah Pegawai Khas kepada Timbalan Pengerusi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.

Majlis tidak mengenali mereka berdua dan amat kesal dengan penyamaran dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat mengenai perkara ini. Orang ramai juga diminta berhati-hati dan membuat laporan polis sekiranya pernah berurusan dengan penama-penama berkenaan.

Sebarang perkara boleh terus menghubungi/Whatsapp Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong menerusi nombor 01163302828.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Facebook Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: