Tempatan

ACCIN Desak OIC Ambil Tindakan, Hentikan Genosid Muslim Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2022 – Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertindak dengan segera untuk menghentikan genosid umat Islam yang berpotensi berlaku di India.

Demikian kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir. Mohd Jamaludin Shamsudin Al Haj menerusi laman Facebook pertubuhan tersebut baru-baru ini.

ACCIN, wakil kepada 20 NGO terbesar di Malaysia dan beberapa pihak lain menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan di India sejak kenaikan parti pelampau Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP) di bawah pimpinan Narendra Modi pada tahun 2014.

Bertitik tolak daripada itu, umat Islam di India sering menjadi sasaran kebencian, keganasan dan penganiayaan terutamanya oleh paderi dan pemimpin Hindu negara tersebut. Malah, ucapan hasutan dan kebencian diucapkan secara terbuka tanpa diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

“Pengikut telah diminta untuk memperlengkapkan diri dengan senjata untuk pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Islam. Mereka dinasihatkan supaya siap sedia untuk membunuh, melindungi India sekaligus menjadikannya negara Hindu,” ujar Mohd Jamaludin.

Juan Mendez, penasihat khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan situasi negara tersebut sebagai “sangat berbahaya dan mengganggu”. Prof Dr. Gregory Stanton dari Genocide Watch pula memaklumkan bahawa genosid sedang dijalankan di India dan semua syarat telah disediakan.

“Tekanan sewajarnya harus diberikan kepada kerajaan BJP,” tegas Mohd Jamaludin.

Beliau turut berpendapat bahawa pelancaran kempen global harus dipertimbangkan untuk memboikot politik dan sosial India. Selain itu, badan dan negara antarabangsa harus membentangkan situasi umat Islam India secara sah di institusi dan mahkamah antarabangsa berdasarkan resolusi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHRC), laporan institusi hak asasi manusia dan resolusi Majlis Keselamatan Perhimpunan Agung.

Isu ini amat penting kerana melibatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta isu hak asasi manusia.

Justeru itu, ACCIN menyeru umat Islam di bawah pimpinan OIC agar bertindak dengan strategik dan berkesan. ACCIN juga memberi hormat kepada umat Islam di India dan ketabahan mereka dalam berhadapan dengan tindakan biadab sesetengah penganut Hindu yang ekstremis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: