Tempatan

Abang Jo bakal dipanggil PM Sarawak?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2022 – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bakal meminda Perlembagaan negeri dengan menukarkan gelaran Ketua Menteri sebagai Perdana Menteri (Premier) Sarawak pada hari Isnin, menurut ciapan Twitter Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

BACA: Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau
BACA: Sarawak Merdeka: Ini Isu Keselamatan Nasional – Shabery Cheek
BACA: Hak Muslim Minoriti Sabah Bina Masjid Ditentang Sejak Merdeka – CONCERN

Sarawak dikatakan akan meminda Artikel 6(3) dengan menggantikan perkataan Ketua Menteri kepada Perdana Menteri (Premier) Sarawak, menurut lampiran dalam ciapan itu.

Perkataan Pembantu Menteri juga akan dipinda kepada Timbalan Menteri, tambahnya lagi.

Negara luar seperti Australia turut menggunakan panggilan “premier” bagi pemimpin yang mengetuai sebuah wilayah dan menggunakan panggilan “prime” bagi pemimpin yang memimpin keseluruhan negara itu.

Yang menariknya, istilah “premier” juga membawa maksud “Perdana Menteri” sekiranya dirujuk kepada terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: