Kerajaan Bakal Bincang Isu Pampasan Untuk Penternak Babi Terkesan Wabak ASF
NIBONG TEBAL, 20 Februari 2023 – Hasil perbincangan isu pampasan untuk penternak babi yang terkesan akibat wabak penyakit demam babi Afrika (ASF) akan diberitahu dalam masa terdekat dalam bentuk kenyataan rasmi untuk diuar-uarkan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata pihaknya telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan tersebut.
BACA JUGA: Sakit Mental Di Kalangan Remaja & Kanak-kanak Perlu Lebih Perhatian
“Saya telah banyak kali berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan kepada penternak (terjejas akibat ASF) dan saya dimaklumkan sudah tersedia, cuma belum nampak secara hitam putih.”
Menurut beliau, selain isu pampasan kepada penternak babi, beberapa isu lain yang berkaitan akan diputuskan dalam mesyuarat yang berikutnya.
BACA JUGA: Menu Rahmah Sudah Lama Wujud Di Kelantan – CIJ
“Jadi, saya akan merujuk hal ini dalam mesyuarat-mesyuarat yang seterusnya dan kita harap akan ada juga ‘kata putus’ (mengenai perkara itu) dalam masa yang terdekat ini,” katanya selepas mengadakan lawatan di ladang babi di Kampung Selamat dan Perkampungan Valdor pada Ahad lepas.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memberitahu, Kerajaan Negeri bersedia menimbang keperluan untuk menukar guna tanah yang digunakan untuk penternakan babi kepada tanah industri bergantung kepada kesesuaian.
BACA JUGA: Jenazah Lelaki Didakwa Bukan Islam, MAIS Tunggu Keputusan Rayuan Mahkamah
“Isu ini (pertukaran tanah) akan menyusul selepas wabak ini (selesai) diuruskan oleh pihak tertentu,” katanya.
Jelasnya, ada beberapa penternak haiwan itu yang enggan meneruskan penternakan tersebut atas pelbagai sebab termasuk menanggung kerugian yang tinggi akibat penularan ASF.