Tempatan

96% Polis Melaka Sokong Umum Waktu Solat Semasa Bertugas

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 15 Januari 2022 – Hasil tinjauan Polis Diraja Malaysia (Melaka) terhadap 389 anggota mendapati 96% anggota bersetuju untuk meneruskan pengumuman waktu solat dan bacaan doa melalui walkie talkie.

Dalam keputusan tinjauan yang dikongsikan laman Facebook rasmi PDRM Melaka tersebut, sebahagian anggota PDRM turut menggunakan peringatan tersebut untuk menguruskan masa mereka dan berhenti menunaikan solat semasa bertugas.

Seramai 113 daripada 389 anggota yang disoal selidik turut mendakwa mereka sentiasa mengingatkan rakan setugas untuk berhenti menunaikan solat semasa bertugas.

Hal ini mendapat sambutan positif pengguna laman Facebook, di mana seorang pengguna memuji hasil tinjauan tersebut dan menyifatkannya sebagai sebuah langkah yang baik.

“Moga Allah SWT bantu semuanya,” tambah pengguna tersebut dalam komentar beliau.

Tinjauan yang sama turut mendapati lebih daripada separuh anggota PDRM Melaka merasakan bahawa bacaan doa yang disiarkan melalui walkie talkie tersebut memberikan kesan kepada diri dan pelaksanaan tugasan harian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: