Tempatan

88kg Kokain Dirampas Jabatan Kastam Di Kompleks Udara KLIA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 07 Ogos 2023 – Jabatan Kastam di-Raja Malaysia (JKDM) telah berjaya merampas sejumlah 88 kilogram dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai sekitar RM17.6 juta pada sebuah serbuan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Serbuan yang dilakukan pada 01 Ogos oleh cawangan narkotik jabatan tersebut telah berjaya merampas sebanyak empat buah kotak mengandungi 995 buah botol berisi kapsul-kapsul yang disyaki dadah kokain.

Menurut Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan, pemeriksaan lanjut turut mendapati bahawa terdapat beberapa alat ganti kenderaan di dalam setiap kotak.

BACA JUGA: Si Hulk Cari Suaka Di New Zealand, Cuba Kuasai Sebuah Masjid

BACA JUGA: Warga Hulu Selangor Dakwa Syarikat Pelupusan E-Waste Langgar Peraturan

BACA JUGA: Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

Ujarnya lagi, modus operandi penyeludup dadah tersebut adalah mereka cuba untuk memperdayakan pihak berkuasa dengan mengisytiharkan barangan tersebut sebagai makanan tambahan.

Zazuli selanjutnya berkata ini adalah kali pertama sindiket dadah menggunakan modus operandi sedemikian. Sindiket yang sama turut menggunakan nama syarikat palsu sebagai syarikat penerima di Air Waybill.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan bahawa penyiasatan awal mendapati bahawa barangan tersebut telah diimport dari Belanda dan kemudiannya mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir, yang mana dadah tersebut adalah untuk pasaran tempatan.

Siasatan turut mendapati bahawa penghantar dadah tersebut telah menggunakan maklumat palsu bagi dokumen-dokumen import yang mana tindakan ini telah menyukarkan pihak berkuasa untuk menangkap pihak yang mengimport dadah itu.

Zazuli turut memaklumkan bahawa berdasarkan jumlah berat dadah yang berjaya dirampas, dianggarkan seramai sekitar 440,000 penagih dapat diselamatkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: