86 Kawasan Risiko Banjir Kilat Di Selangor Bulan Depan
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELANGOR, 16September 2022 – Jabatan Pengairan Selangor (JPS) memaklumkan 86 kawasan di Selangor berisiko mengalami banjir, banjir kilat, ribut dan kejadian tanah runtuh akibat taburan hujan yang dijangka berlaku sekitar 170 hingga 250mm sepanjang bulan ini susulan Monsun Barat Daya sejak 14 Mei 2022.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim menerusi surat arahan persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut memberitahu, hujan lebat dan ribut petir itu berkemungkinan akan berkurangan dengan hanya berlaku pada awal pagi terutama di kawasan pesisir perairan Selat Melaka, lapor media tempatan.
Dalam pada itu, surat sama mengatakan taburan hujan di Selangor diramal meningkat mulai Oktober sekitar 220 hingga 330mm, November (230-370mm) dan Disember (210-310mm) susulan peralihan Monsun Timur Laut mulai November hingga Mac tahun depan.
Susulan itu, Kerajaan Negeri mengarahkan pelbagai agensi dan jabatan yang terlibat untuk bersiap siaga bagi mendepani Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri pada November hingga Disember 2022.