Tempatan

Pemanasan Global: Lapisan Ais Terbesar Dunia Berisiko Tingkatkan Air Laut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 13 Ogos 2022 – Lapisan ais terbesar di dunia dilaporkan berisiko menyebabkan paras air laut meningkat dalam tempoh beberapa dekad akan datang sekiranya berlaku peningkatan suhu global, menurut para penyelidik di Durham University.

Menurut kajian yang dijalankan, sekiranya pelepasan gas rumah hijau global berada pada tahap tinggi, maka pencairan Lapisan Ais Antartika Timur (EAIS) boleh menyebabkan hampir setengah meter kenaikan paras laut menjelang 2100.

Para penyelidik turut mengkaji kebarangkalian sekiranya pelepasan gas rumah hijau global kekal tinggi melebihi tahap tinggi, maka EAIS berisiko menyumbang peningkatan sekitar satu hingga tiga meter paras laut menjelang 2300 serta dua hingga lima meter pada 2500.

“Setakat ini, lapisan ais ini adalah yang terbesar di bumi, malah bersamaan 52 meter paras laut. Jadi adalah sangat penting untuk tidak menjejaskannya,” kata Chris Stokes, pengarang utama kajian bagaimana lapisan ais bertindak balas terhadap tempoh suhu panas ketika membuat ramalan.

Justeru, kumpulan penyelidik yang membabitkan saintis dari Britain, Australia, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ini mendapati kesimpulan penting daripada analisis ini adalah nasib EAIS kini berada di tangan manusia.

Ini kerana, menurut kajian yang dijalankan para penyelidik tersebut, jika pelepasan gas rumah hijau berkurangan secara mendadak, EAIS dijangka menyumbang kira-kira dua sentimeter (cm) peningkatan paras laut menjelang 2100.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: