Tempatan

80 Peratus Kemalangan Jalan Raya Berpunca Daripada Sikap Pengguna

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 November 2022 – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim mengatakan bahawa 80 peratus kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

“Berdasarkan kajian dan statistik angka kemalangan maut yang berlaku di negara ini, 80 peratus berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia (sikap),”

“Sebanyak 20 peratus yang lainnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kenderaan (teknikal, brek dan lain-lain) dan faktor luaran, seperti keadaan jalan (kondisi, persekitaran, cuaca dan lain-lain),” jelas beliau.

Lapor sebuah portal berita tempatan, angka kes kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat sehingga 52 peratus pada tahun ini dan dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Datuk Mohammad Hisham Shafie, sikap pengguna memainkan peranan penting berikutan mereka turut berkongsi jalan raya dengan pengguna lain.

“Sikap tidak menghormati undang-undang serta ego semasa memandu antara punca kemalangan itu berlaku,”

“Kita lihat kematian akibat kemalangan jalan raya ini sudah menjadi satu bencana yang amat buruk di Malaysia,”

Justeru, beliau menyeru agar penguatkuasaan diperkasa serta tindak tegas hendaklah dikenakan terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: