Tempatan

8 Ribu Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Gaji RM100

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 15 Mac 2023 – Kira-kira 8,000 penjawat awam Negeri Pahang bakal menerima Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, “Pemberian ini akan membabitkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Pahang.”

Tambahnya, pemberian kenaikan khas itu tidak akan memberi kesan kepada Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2023 dan berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.

BACA JUGA: Ceramah Masjid: Kerajaan Pertimbang Wujud Garis Panduan Ahli Politik

BACA JUGA: Kelantan Rekod 59 Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak – Ketua Hakim

BACA JUGA: Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 22 Mac Ini

Menurut beliau, kenaikan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian tersebut kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy juga berharap agar pemberian KGT Tambahan Khas itu dapat mempertingkatkan mutu kerja penjawat awam Negeri Pahang demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: