NGO

Negara Islam Masih ‘Dikongkong’ Sehingga Polisi Pun Ditentukan Pihak Luar – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2022 – “Sedihnya melihat negara Islam tidak memperjuangkan sepenuhnya hak umat Islam serata dunia. Ia mungkin disebabkan negara Islam masih ‘dikongkong’ oleh negara tertentu sehingga polisi negara Islam pun ditentukan oleh pihak luar,” ujar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengulas isu Malaysia memilih berkecuali debat Uyghur di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Menurut beliau, seharusnya kesatuan umat Islam mestilah jelas, hak umat Islam mesti dipertahankan.

“Sudah banyak negara Islam dan umat Islam ditindas tetapi kita masih lagi belum sedar untuk membentuk kesatuan yang kukuh,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut merasa terkilan dengan keputusan Malaysia untuk berkecuali ketika usul menggesa perdebatan dibuat mengenai dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap masyarakat Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang oleh China.

Beliau berkata, sepatutnya, Malaysia lebih prihatin terhadap penindasan yang dilakukan mana-mana pihak khususnya terhadap saudara seagama.

Jelas beliau lagi, ketidakupayaan Malaysia berdiri menzahirkan pendirian yang jelas ini menunjukkan Malaysia masih belum berada di persada antarabangsa.

“Saya tidak tahu sebab sebenar kenapa Malaysia berbuat sedemikian namun ia memberi gambaran Malaysia mahu memelihara hubungan dengan pihak tertentu dan tidak memberi keutamaan dalam bersuara terhadap kezaliman dan penindasan,” katanya.

Tegas beliau lagi, sebagai negara Islam yang dihormati, seharusnya Malaysia menerajui isu ini kerana ia melibatkan umat Islam.

Terdahulu, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak usul untuk membahaskan penindasan terhadap komuniti Uyghur Muslim di wilayah Xinjiang, China kerana mendapat kurang sokongan daripada negara-negara Islam Antarabangsa dalam undian yang dibuat negara-negara anggota dan Malaysia antara negara Islam yang mengambil langkah berkecuali untuk bersuara terhadap penindasan yang berlaku di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: