Tempatan

77% Penghantar Makanan Hadapi Kemalangan & Kecederaan Tidak Terima Faedah Daripada Syarikat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2022 – Kajian oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendedahkan bahawa 77 peratus pekerja penghantar makanan (p-Hailing) yang mengalami kemalangan dan kecederaan tetapi tidak menerima sebarang faedah daripada syarikat p-Hailing.

Perkara ini sekali gus menunjukkan jaringan keselamatan sosial adalah lemah tanpa perlindungan sewajarnya apabila berlaku kemalangan kepada pekerja sehingga menghukum golongan rentan, sedangkan pekerjaan p-Hailing berisiko tinggi terdedah kepada kemalangan.

Ini dibuktikan dengan kajian oleh Unit Penyelidikan, Analitik dan Teknologi Maklumat (RAIT) TERAJU yang merekodkan sebanyak 70.1 peratus daripada mereka pernah mengalami kecederaan dan kemalangan ketika bekerja.

Justeru, statistik ini bukanlah satu berita yang baik buat sebuah negara seperti Malaysia yang bercita-cita ingin mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Selain itu, kajian turut melaporkan seramai 70.8 peratus pekerja penghantar makanan berkerja 49 jam sehingga 84 jam seminggu, ketika Kerajaan telah meluluskan Akta Kerja yang baru, bilangan jam bekerja seminggu di Malaysia telah diturunkan kepada 45 jam seminggu.

Tempoh masa kerja yang ekstrem ini menambah risiko pekerja-pekerja penghantar makanan dari aspek kesihatan serta dilihat berkemungkinan membuka ruang kepada kelekaan dan kecuaian yang boleh mengundang kecelakaan.

Dalam pada itu, walaupun pekerja-pekerja penghantar makanan bekerja dalam waktu jam bekerja yang panjang, malangnya mereka masih menerima upah yang dianggap rendah.

Menurut kajian yang dilakukan, sebanyak 82.9 peratus penghantar makanan meraih pendapatan bersih kurang dari RM3,600 sebulan dan hanya 17.1 peratus yang melaporkan bahawa mereka menerima pendapatan bersih sebulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: