77 Hotspot Kebakaran Dikesan Di Sarawak
KUCHING, 18 Ogos 2023 – Sebanyak 77 titik panas kebakaran dikesan di Sarawak bagi tempoh antara 1 hingga 15 Ogos lepas, dengan bilangan titik panas tertinggi direkodkan sebanyak 36 pada 1 Ogos.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak ,Hazland Abang Hipni berkata, bilangan tersebut membawa jumlah keseluruhan sebanyak 195 titik panas bagi tempoh Januari hingga Julai lepas.
“Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura turut mengesan 2,820 titik panas di Kalimantan sehingga Julai lepas dengan bilangan tertinggi pada 5 Ogos iaitu 376 titik panas,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC
BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim
BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras
Menurutnya, angin dengan kelembapan udara yang lebih rendah semasa fasa Monsun Barat Daya ini yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.
Justeru, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah mengaktifkan bilik operasi jerebu, memberhentikan pengeluaran permit pembakaran terbuka secara terkawal serta membatalkan permit yang telah dikeluarkan untuk tujuan itu.
“NREB juga telah mengeluarkan notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek dan mengadakan program kesedaran bersama agensi-agensi lain bagi memastikan kualiti udara terjaga.”
Tegasnya, pembakaran terbuka adalah salah di bawah peruntukan Seksyen 30 (1) (a) dan Seksyen 30 (2) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda, tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali.