Antarabangsa

E-Visa Umrah: Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MAKKAH, 06 Disember 2022 – Jemaah Malaysia kini dikehendaki menggunakan imbasan biometrik untuk mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa) bagi menunaikan ibadah umrah, lapor media antarabangsa.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah membenarkan pendaftaran secara pengesahan biometrik untuk memperoleh E-Visa kepada lima buah negara iaitu Malaysia, Bangladesh, United Kingdom, Tunisia dan Kuwait.

Proses pendaftaran secara imbasan biometrik perlu dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar, Saudi Visa Bio meliputi wajah, cap jari, mata dan salinan pasport tanpa perlu mengunjungi kedutaan dan konsulat Arab Saudi atau pusat pengeluaran visa di negara masing-masing.

Selain itu, prosedur tersebut akan dilengkapkan sebelum jemaah tiba di Makkah dan Madinah sekali gus memudahkan kemasukan jemaah melalui semua laluan sama ada darat, laut dan udara.

Aplikasi baharu itu juga merupakan usaha kerajaan Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, serta menjadikannya negara pertama menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: