Tempatan

69 Tahanan SOSMA Ancam Mogok Lapar 30 Julai Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Seramai 69 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani akan melancarkan mogok lapar pada 30 Julai ini, memetik kepada sebuah laporan berita tempatan.

Menurut Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar, ia adalah sebagai mesej kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution agar janji mereka untuk membebaskan tahanan atau memansuhkan akta berkenaan dikotakan.

Dakwa beliau, akta tersebut yang sepatutnya dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih gagal ditunaikan sehingga ke hari ini.

BACA JUGA: PERHATIAN: Lebuhraya KL-Karak Ditutup Buat Sementara

BACA JUGA: 3R: Kabinet Setuju Semak Akta Hasutan Lindungi Institusi Raja-Raja

BACA JUGA: Syarikat Elon Musk, Stralink Dibenar Beroperasi 100% Milik Asing-SKMM

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru agar Perdana Menteri membebaskan segera tahanan SOSMA yang meringkuk selama tiga tahun setengah di dalam Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani.

“Ahli keluarga tahanan SOSMA ini menggunakan undang-undang di mahkamah, tapi masih tak berdaya. Sebelum PRU-15, calon yang kini Ahli Parlimen sudah bersumpah kononnya tahanan SOSMA akan dibebaskan dan Akta SOSMA akan dimansuhkan.”

“Tapi sampai sekarang masih tidak ditunaikan,” kata beliau.

Malah, ahli keluarga kepada 69 tahanan SOSMA itu juga akan melancarkan mogok lapar pada 31 Julai ini di lokasi yang berbeza.

“Keluarga (tahanan SOSMA) pun akan buat mogok lapar pada 31 Julai ini supaya menteri yang hebat berkokok di pentas tunaikan janji mereka,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: