Tempatan

65 Tahun Kemerdekaan, 65 Terjunan Dari Menara Kuantan 188

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 28 Ogos 2022 – Sebanyak 65 terjunan base dari aras ketinggian 104 meter Menara Kuantan 188 akan dilakukan secara bergilir-gilir oleh 18 penerjun pada 30 Ogos ini sebagai simbolik 65 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad.

Tambah beliau, terjunan base tersebut akan dilakukan oleh para penerjun dari Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia termasuk penerjun tempatan bermula jam 9.30 malam hingga 12 tengah malam sempena meraikan ambang merdeka.

“Lebih menarik, penerjun tertua di Malaysia, Jamaluddin Ismail, 68, yang berasal dari Mentakab akan turut serta membuat terjunan.”

Pada acara tersebut, para penerjun akan membawa bendera Kuantan 188, bendera Pahang dan terakhir Jalur Gemilang semasa melakukan terjunan, kata Datuk Zulkifli Mohamad.

Menara Kuantan 188 yang merupakan salah satu binaan ikonik Pahang itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tahun lalu.

Menara Kuantan 188 juga merupakan mercu tanda baharu bandar Kuantan, Pahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: