Terkini

65% Rakyat Indonesia Buta Al-Quran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 25 Januari 2022 – Seramai 65% rakyat Indonesia masih tidak boleh membaca serta mengaji Al-Quran, menurut Timbalan Ketua Dewan Masjid Indonesia (MI), Komisioner Jeneral Polis Syafruddin.

“Negara ini mempunyai seramai 223 juta rakyat beragama Islam namun hanya 35 peratus yang boleh mengaji serta membaca ayat-ayat Al-Quran.”

Satu kajian mendapati ia merangkumi lebih daripada separuh populasi masyarakat di negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Syafruddin turut menekankan kepentingan perjuangan bagi menangani isu tidak boleh membaca Al-Quran ini.

Beliau berkerjasama dengan beberapa kumpulan pemuda Islam di negara itu telah menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan sebagai Yayasan Damai Mengaji Indonesia bagi membantu mengurangkan peratus masalah buta Al-Quran.

“Sekurang-kurangnya ada dua aktiviti yayasan ini yang sedang aktif. Pertama, mencetak Al-Quran sebanyak mungkin dan kedua adalah membina pusat-pusat untuk membaca serta mengaji Al-Quran.”

Yayasan Damai Mengaji Indonesia secara amnya telah melaksanakan beberapa perancangan bagi membasmi masalah tidak boleh mengaji serta membaca ayat-ayat Al-Quran di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: