58% Rakyat Malaysia Lesu Bekerja
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2022 – Lebih separuh rakyat Malaysia yang bekerja mengadu rasa lesu disebabkan oleh pekerjaan mereka, menurut laporan Employment Hero.
58% responden daripada kalangan pekerja berkata mereka berasa kelesuan akibat pekerjaan mereka dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini, menurut kaji selidik Employee Wellness Report 2022.
Lebih kurang separuh daripada semua responden berkata, wabak COVID-19 ini menyebabkan mereka semakin kurang mementingkan kerjaya mereka.
Data sebegini memberi isyarat bahawa lebih ramai tenaga kerja sekarang lebih berminat untuk menceburi kerjaya lain dalam industri yang sama atau pun terus berhijrah dalam industri lain.
Laporan ini adalah berdasarkan data kaji selidik terhadap 1,016 rakyat Malaysia yang bekerja sepenuh masa, dan berusia antara 18 hingga 65 tahun ke atas dalam pelbagai industri.