Tempatan

58.78% Kandungan Perjudian Diturunkan Setakat 1 Jun – MCMC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2024 – Sebanyak 58.78 peratus kandungan membabitkan perjudian diturunkan setakat 1 Jun tahun ini, menurut Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil seperti yang dinyatakan dalam penyata rasmi bagi Sidang Dewan Rakyat, kelmarin.

“Bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 1 Jun 2024, sebanyak 67,935 kandungan media sosial telah diturunkan kerana dikenal pasti telah melanggar standard komuniti yang ditetapkan oleh pihak penyedia platform serta pelbagai undang-undang negara.

“Daripada jumlah tersebut, tindakan penurunan tiga tertinggi adalah membabitkan kandungan perjudian iaitu 58.78 peratus, penipuan termasuk akaun palsu dan penyamaran 16.62 peratus dan palsu 13.7 peratus.”

“Namun ingin ditegaskan bahawa penurunan yang dilakukan adalah tertakluk kepada pertimbangan oleh penyedia platform itu sendiri berdasarkan penilaian mengikut standard komuniti yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kepada William Leong Jee Keen (Selayang) yang meminta untuk dinyatakan apakah langkah Kementerian untuk mengukuhkan kebebasan bersuara di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam melibatkan pemindaan atau pemansuhan akta-akta yang dipersepsikan sebagai menyekat kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, Malaysian Communications dan Multimedia Commission (MCMC) sentiasa mengambil tindakan proaktif memantau isu-isu yang diperkatakan dalam persekitaran media sosial di Malaysia yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman, provokasi dan sebagainya.

MCMC turut bekerjasama rapat dengan platform media sosial dan agensi penguatkuasaan lain dalam memastikan persekitaran dalam talian yang selamat.

Dalam masa yang sama, katanya pihak MCMC turut mempertingkatkan usaha dan pemantapan strategi dengan memperbanyakkan lagi program-program advokasi dan kesedaran melibatkan masyarakat awam di seluruh negara termasuklah pengamal media bagi memperkukuhkan sifat kebertanggungjawaban dalam penghasilan dan penyebaran sesuatu maklumat.

“Antara usaha MCMC adalah inisiatif keselamatan Internet Klik Dengan Bijak, Sukarelawan ICT Malaysia dan portal semak fakta Sebenarnya.my,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: