Antarabangsa

Pendedahan: Mereka Sibuk Kaut Untung Dari Kesengsaraan Pandemik COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 27 April 2022 – Kontrak kerajaan secara terus, penipuan kualiti pelitup muka, penipuan harga, dan bermacam-macam lagi; berikut merupakan pendedahan yang dilakukan seorang wartawan siasatan, J. David McSwane.

Kegiatan tidak bermoral tersebut dilaporkan telah mengakibatkan ‘kesengsaraan’ dan ‘kerugian’ rakyat apabila terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan pelitup muka yang tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja, peruntukan kerajaan yang sepatutnya disalurkan untuk menangani wabak COVID-19 juga ‘hangus’ digunakan untuk membeli kelengkapan tidak berkualiti yang sekaligus meletakkan ‘frontliners’ dalam risiko.

Aktiviti ‘penipuan’ besar-besaran ini dikatakan McSwane berpunca daripada rasa panik kerajaan AS ketika mana wabak COVID-19 baru sahaja merebak, mengakibatkan mereka ‘campak duit’ kepada sesiapa sahaja yang menghulurkan ‘bantuan’.

Dalam kes ini, McSwane telah menyiasat kegiatan Robert Stewart, CEO syarikat Federal Government Experts, di mana Stewart telah berjaya mendapatkan kontrak bernilai USD36 juta daripada kerajaan AS untuk pembelian pelitup muka.

Apa yang menghairankan McSwane adalah harga memperolehi pelitup muka ketika itu diletakkan pada USD6 setiap satu walhal ketika itu harga yang masuk akal adalah lebih kurang USD1 setiap satu.

“Saya minta untuk ikut bersama (Stewart) kerana dia meminta USD6 bagi setiap pelitup muka, kebiasaannya (harga pelitup muka) setakat lebih kurang USD1 sahaja setiap satu.”

“Bagaimana dia dapat kontrak itu? Adakah dia menaikkan harga sesuka hati? Lebih menarik lagi, dia TIADA pengalaman jual beli peralatan perubatan…” jelas McSwane dalam sebuah ciapan di laman Twitter.

Tambahnya lagi, siasatannya turut berjaya membongkarkan sebuah penipuan lain di mana dia berjaya mengesan kegiatan menukar ‘label’ pada pelitup muka.

Dalam hal ini, pihak tidak bertanggungjawab telah membuang label “tidak sesuai digunakan untuk tujuan perubatan” dari pelitup muka murah sebelum dijual dengan harga berlipat kali ganda.

“Ia memakan masa untuk membongkarkan segala masalah ini. Saya melaporkan apa yang saya tahu pada 1 Mei 2020. Siasatan kerajaan bermula sebaik saja (saya laporkan hal itu),” jelas McSwane lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: